Menjadi Vendor VRS Mall

Menjadi vendor di VRS Mall sangat mudah.

1. Anggaplah VRS Mall adalah pengedar bagi produk anda. VRS Mall salah satu pengedar daripada pengedar anda yang lain.

2. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan.

3. Seperti juga sistem pengedaran yang lain, VRS Mall akan memperoleh komisen apabila produk anda terjual.

4. Komisen yang ditolak oleh VRS Mall daripada harga jualan, setelah terjual adalah sebanyak 5% hingga 10%, bergantung kepada produk.

5. VRS Mall akan mengedarkan produk tersebut secara online.

SISTEM DROPSHIP

1. VRS Mall mengamalkan sisten Dropship.

2. Secara mudah, VRS Mall hanya memasarkan produk anda. Apabila pesanan diterima oleh VRS Mall, pesanan itu akan disampaikan kepada vendor. Sebaik sahaja vendor menerima pesanan itu, produk hendaklah disediakan dengan serta-merta.

3. Vendor akan membungkus produk dan mengeposkannya.

4. Tidak ada sebarang sekatan jumlah produk yang mahu dipasarkan di VRS MALL. Lebih banyak lebih bagus, lebih untung.

PEMBAYARAN

1. Wang pembelian boleh dituntut daripada VRS Mall, setelah 10 hari daripada tarikh penjualan. Ini bagi memastikan pembeli telah menerima produk yang dihantar dan tidak mengembalikan.

PROMOSI TAMBAHAN

1. Dengan bayaran sebanyak RM50, produk akan dijadikan Featured di muka depan selama 7 hari.

KHIDMAT TAMBAHAN

1. Gambar yang menarik, meningkatkan lagi pembelian.

2. Gambar yang berlatar belakang warna putih lebih menarik.

4. Lebih menarik lagi jikalau ‘dihias’ dengan frame dan sebagainya. Sila lihat contoh di Lazada dan Shopee.

3. VRS Mall menyediakan khidmat mengambil gambar secara PERCUMA.

4. Vendor hanya perlu mengirimkan produk kepada VRS Mall untuk pengambilan gambar yang profesional.

5. Produk tidak dikembalikan kecuali disertakan belanja untuk pembungkusan dan penghantaran, lingkungan RM10.

KOMISEN

KATEGORIKOMISEN
Kesihatan10%
Kecantikan10%
Makanan & Minuman10%
Fesyen Wanita20%
Fesyen Lelaki20%
Pakaian Kanak-Kanak (Perempuan)20%
Pakaian Kanak-Kanak (Lelaki)20%
Perhiasan Diri20%
Elektrik & Elektronik10% (Kecuali Gadget dan Computer’s Accessories – 5%)
Hiasan Rumah10%
Peralatan Rumah10%
Perkahwinan10%
Permainan10%
Kraftangan10%
Bahan Bacaan10%

 

Sekiranya sudah bersedia mahu meningkatkan lagi jualan, sila gunakan borang di bawah ini:

SHOPPING CART

close